Saturday, October 3, 2020

Menulis dan idea

 

Apa sebab kita menulis? Apa yang mendorong kita menulis? Tentu banyak jawaban yang akan kita temui dengan pertanyaan tersebut. Ada yang mungkin berkata kerana punya idea. Ada yang berkata kerana mahu mencurah perasaan, desakan naluri dan sebagainya.  Dan menulis ikut suka hati sendiri atau syok sendiri jauh berbeza dengan menulis untuk apa jua penerbitan.  Sesuatu yang ditulis untuk diri kita sendiri misalnya akrab di simpan dan di tatap sendiri.  

Tapi jika tulisan tersebut dihasilkan untuk tujuan penerbitan misalnya, maka banyak sisi atau perkara perlu dipertimbang. Tajuk, isi, tata bahasa, ejaan adalah di antara perkara penting yang wajar diberi perhatian.  Dalam hal ini pihak Editor sesuatu penerbitan sama ada akhbar atau majalah biasanya bertindak sebagai Hakim terhadap sesebuah karya.  Merekalah yang bertindak untuk menyaring sesebuah karya. Sesuai tidak, mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan lain-lain perkara seperti tidak melanggar undang-undang negara, menyentuh pribadi sesuatu individu atau kaum dan perkara-perkara sensitif lainnya   Setelah itu barulah karya anda layak atau tidak dipertimbangkan.

Justeru bukan mudah sebenarnya nak jadi penulis ni, tak semudah melihat karya yang sudah terbit dan dibaca.  Bersedialah juga andai karya kita sedia dibakulsampahkan.    

Monday, September 21, 2020

Lama Dah Terbiar....Dan Kisah Harry Potter

" Lama nau tebiau... " ni loghat orang Melaka kalau tak salah. Kalau salah maaf. Begitulah halnya dengan blog ini. Kalau ibarat pokok dah meninggi, kalau semak dah samun, kalau usia  macam kawan makin senja, kalau rumah makin usang, kalau mentari makin condong.


Apa sebabnya? Selain masa itu asyik disibukan oleh hal tugas atau kerja, urusan keluarga, dan banyak lagi yang jika nak diurai satu persatu cukup banyak, memadai dipendekkan sebagai 'urusan duniawi' maka beberapa blog terpaksa disingkirkan. Yang tinggal blog ni, dan juga https://my-watercolorpainting.blogspot.com/ disamping blog bagi Persatuan Penduduk Taman SD2, tempat tinggal di Melaka. 

Sebetulnya itu hanya alasan kerana setelah beberapa tahun bersara ternyata blog ini pun masih tak terusik.

Tak tahulah sebab sebetulnya, tapi yang mudah cakap 'malas'. Sebab menulis ni pun tidaklah mendatangkan income macam menjual barang. Lain kalau diBarat macam penulis Harry Potter, J. K. Rowling tu yang hasil penulisannya saja tak habis makan. Dikabarkan pendapatannya melebihi pendapatan Ratu Elizabeth. Ini fakta bukan auta.

Harry Potter (kalau tulisan Jawi Harry tu jadi 'Hari' merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama buku-buku ciptaan J.K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Novel pertamanya, Harry Potter and the Philosopher's Stone, diedarkan pada tahun 1997, namun ceritanya diplotkan terjadi pada hujung tahun abad ke -20.

Itulah serba sedikit kisahnya, Adakah pada abad ini penulis yang setanding beliau ? Seakan mustahil semua ini digapai oleh penulis-penulis lainnya sementelah penulis ikan bilis macam kawan. 

Selamat membaca ....