Friday, January 29, 2010

Kesan Jalinan (Sambungan)

Tanpa dicampur air palit warna pada berus dan heret atau bentuk warna tersebut.
 

Kesan warna dengan stamping. Iaitu dengan mengunakan berus rata yang telah dibubuh warna lalu tekan dan tarik

Tuesday, January 26, 2010

TEKNIKASAS DAN MUDAH MELUKIS KUCING

1. Lakar bentuk-bentuk ini mengikiut susunan : bentuk empat segi, bentuk segi tiga terbalik sebagai hidung, tambah lagi segi tiga dengan sedikit garis sambungan dibawah hidung tadi.tambah lengkung.


2. Lakar bentuk buah kana untuk mata. Lukis segi tiga untuk telinga. Tambah lengkung bagi menunjukkan bahagian leher dan bahu.Tambah bulu di bahagian telinga. Tambah juga bulu pendek dibahagian kepala dan bawah pipi. Jangan lupa misai.


3.  Padamkan garis yang dilakar tadi dan rapikan.  Tambah mengikut kesesuaian. Siap! Miauuuuu.....

Monday, January 25, 2010

KESAN JALINAN (Sambungan)



Kesan watercolor dengan dari kiri: daun kering,batang kayu,ranting,beg plastik yang direnyuk dan pembalut gelembung.

Sementara di bawah adalah kesan warna dengan sponge.


Saturday, January 23, 2010

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN DENGAN WATERCOLOR ATAU WARNA AIR?

.



1. KESAN JALINAN
Kesan jalinan seperti gambarajah 1 di atas adalah kesan dengan tisu,tuala dan napkin.  Sementara gambarajah kedua adalah kesan warna dengan roller atau penggelek.  Selamat mencuba.

PERSEDIAAN ASAS

Pensil,kertas lukisan,pemadam, sekotak warna air atau watercolor,dua bekas air = satu untuk campur warna, satu lagi untuk basuh berus,surat kabar lama...untuk lapik atau kain buruk untuk lap berus.
Jangan letak air minuman dekat-dekat kerana nak melukis makan sikit masa, Lain kalau anda dah pro.

Friday, January 22, 2010

Assalamualaikum Salam Sejahtera

Kewujudan 'jarijemari seni' bertujuan mengajak sesiapa saja anda sama ada pelajar, individu, suri2 rumah, penganggur, peminat seni, kumpulan, persatuan, kelab, pemerhati atau sesiapa saja yang berminat dalam melukis  memperoleh pelbagai informasi, pengetahuan, tip-tip, pandangan dan sebagainya mengenai bidang ini.  Diharap ia akan memberi manafaat dan selanjutnya ia menjadi suatu wadah berguna kepada para peminatnya.  Sekian.