Tuesday, September 4, 2012

Mood

Lama tak jenguk blog ni.  Sibuk sangatkah kau?  Tak juga.  Ntah macam tak da mood.  Sebab bagi aku sama ada menulis atau melukis waima melakukan apa kerja sekali pun memerlukan mood.  Baru ia sedap di lakukan.  Betul ke gitu?  Mungkin ya dan mungkin tak.

Memandangkan lepas puasa dan kemudian raya, jadi mood itu makin kurang.  Alah... cakap aja kau malas kan senang!  tapi selepas beberapa hari raya tu, mood untuk melukis pula melonjak-lonjak.  Sedangkan mood untuk menulis menurun.  Pelik.

Apa lagi aku layanlah hobi tu.  Dan beberapa hari kemudian siap lukisan ni.  Suatu pemandangan di Grik waktu pagi ketika aku balik dari Baling.