Thursday, July 28, 2011

Mengapa Berkacamata

Antara sebab rabun dekat adalah perubahan natural bentuk mata dan jarang disebabkan oleh perubahan dalam kornea atau lensa mata. Masalah-masalah ini menyebabkan cahaya masuk ke mata dan difokuskan di hadapan retina. Sepatutnya cahaya fokus tepat di retina.
Oftalmoskopi dan funduskopi boleh dilakukan dalam pemeriksaan mata.

Cermin mata atau kanta lekap mata boleh membantu membetulkan penglihatan. Kaedah surgeri juga boleh dilakukan untuk membaiki bentuk kornea atau meletakkan kanta lensa artificial di dalam mata untuk mengurangkan rabun dekat atau membetulkan rabun dekat.
Tetapi sekiranya anda masih muda belia, selalunya anda mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan bukannya rabun dekat. Biasanya rabun dekat dialami oleh golongan yang sudah pun berusia dan biasanya dalam lingkungan 40-an ke atas.
Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.
Banyak mitos yang berkembang seputar kesehatan mata. Bagaimana kebenarannya? Inilah penjelasan Dr Ricky Roroh, SpM dari Klinik Mata Nusantara.

Mitos: Konsumsi wortel setiap hari akan membuat mata sehat, pandangan jernih, dan mencegah rabun jauh.
Fakta: Wortel mengandung karoten yang bermanfaat untuk kesehatan mata. Tapi sumber karoten tidak hanya wortel. Buah lain seperti pepaya dan mangga juga mengandung karoten yang tinggi, bahkan buah merah dari Papua yang sedang tren saat ini telah diteliti mengandung karoten yang jauh lebih tinggi dari buah-buah lainnya. Jadi, meski wortel bermanfaat untuk kesehatan mata, tidak perlu mengonsumsinya setiap hari. Sumber karoten bisa diselang-seling dengan buah-buah lainnya dalam jumlah secukupnya.

Mitos: Membaca sambil tiduran menyebabkan rabun jauh.
Mitos: Membaca dengan cahaya remang-remang menyebabkan rabun jauh.
Mitos: Melihat laut/pemandangan hijau dapat menyembuhkan rabun jauh.
Mitos: Kacamata harus dipakai terus-menerus supaya minus mata tidak bertambah.
Mengapa anda berkacamata? Kongsikan bersama.

Anak haku Bella dan Una baru tukar spek. Kopak haku...

Saturday, July 23, 2011

Sajak Kuala Lumpur

Setiap berkesempatan menjenguk Kuala Lumpur perasaan semacam tergamit-gamit untuk menyelami setiap pengalaman yang diraih dari ibu kota ini. Maklum sebagai bekas penghuninya selama hampir 10 tahun banyak pahit manis peristiwa yang haku lalui. Beberapa kali malah sajak ttg. kota ini berjaya haku nukilkan. Pernah misalnya tersiar di Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan akhbar-akhbar arus perdana lain.

Pada kesempatan bertugas selama 3 hari di sana baru-baru ni, nyata haku tertarik lagi bagi mencoret sajak atau puisi mengenainya. Kepala haku memberat mencanai idea terbaik bagi menuliskannya. Spt. biasa haku pun mengirimkan sajak tu ke akhbar Berita Minggu. Hari ni 24hb. Julai 2011 sajak tu tersiar. Alhamdulillah... Bagi peminat puisi anda bolehlah baca diruangan sastera akhbar tu.

Friday, July 22, 2011

Menjelang Ramadan

Tak berapa lama tiba lagi bulan Ramadan atau bulan puasa. Berbahagialah bagi kita yg. dipanjangkan usia kerana bakal menyambut kedatangannya untuk kesekian kali. Lebih bahagia dan beruntung selain ditambahkan usia kalau ia turut disertai dengan bertambahnya keimanan,ketakwaan,kesedaran,kesetiaan kita terhadap segala suruhanNya. Justeru disamping pelbagai perancangan yang kita buat didunia jangan sesekali dilupakan akan perancangan ke negeri abadi itu.

Bulan Ramadan - bulan untuk umatku, kata Junjungan kita merupakan satu bulan yang terdapat didalamnya satu malam yang sering diimpikan seluruh umat Islam. Ia suatu malam yg. mengatasi seribu bulan beribadah andai dipertemukan.

Bulan Ramadan bulan menahan seluruh hawa nafsu yg. sering menggoda kita saban hari. Ramadan adalah bulan peperangan bagi mengatasinya. Juga bulan muhasabah, bulan kembali membersih, memberus segala jelaga yang bersarang tanpa sedar dalam diri.

Tapi yang seharusnya lebih diingat ini bukan bagi kita menjadikannya sebagai bulan membazir. Boleh ke haku atau kau orang tahan atau tenguk aja tahan nafsu kalau orang sekeliling kita dah mula usha2 pakaian, promosi itu ini atau dah mula bercakap2 pasal hari raya walau pun biasanya belum sampai pun seminggu Ramadan?

Haku bukan nak berkhutbah tapi kebetulan apa yg. haku tulis ini ekoran teringat2 kata imam semasa berkhutbah siang Jumaat tadi pasal ketibaan bulan mulia Ramadan ini.

Tuesday, July 19, 2011

Durian.... Durian....

Musim raja buah,durian,nampaknya kembali bermaharajalela dinegeri ini. Di tepi2 jalan,pasar malam,dikedai runcit,pasar dan tempat2 lain misalnya ditepi kedai sembelih ayam pun ada jual durian. Itu fenomena biasa barangkali ukan saja dinegeri ini malah agaknya seluruh negara. Haku tak ketinggalan turut jadi pembelinya. Ttg. harganya tak le berapa mahal. Paling baik boleh dapat disini sekilo 3 hinggit. Paling murah sehinggit.

Kalau nak dikira dengan tanam pokok ini dan nak menunggu hasilnya makan sepuluh tahun baru berbuah. Kan ke lebih senang beli aja? Kalau 10 rgt. sekali pun masih boleh dikatakan murah lagi. Dan apa yg. haku nak cita ttg. penangan durian ni tak lain dari mereka yang kurang peka dengan persekitaran. Kalau nak makan durian sekali pun patut2 le. Maksud haku nak pelantak banyak mana pun tak kisah. Ni tidak! Kalau dah dalam lif pun bau durian apa hal? Inilah yang haku terpaksa hidu dan tentu org. lain hidu juga waktu naik lif ari ni. Baunya menyengat pulak. Boleh penin le pendeknya bagi sesiapa yg. tak tahan. Aku tak taula sama ada mereka bawa buah tu dari umah atau beli tepi jalan.

Yg. pandai buat tempoyak ini kesempatan yg. patut mereka ambil. Nak tau harga sekilo tempoyak? 13 hinggit,menurut seorang kawan haku dimana sedaranya mengusahakan benda ni utk. keperluan sebuah hotel. Mudah saja dia mendapatkan bekalan. Beli durian yg. murah berbakul-bakul, balik kerjakan...

Tapi perlu diingat bagi sesiapa yg. ada mengidap penyakit terutama kencing manis... Durian terlalu tinggi kandungan gulanya. Bahaya dan sendiri mau ingat. Ada baiknya diingat pepatah mencegah lebih baik dari merawat dlm. pada sedap2 makan buah durian ni.

Friday, July 15, 2011

Oh! Hujan

Sedari malam hujan turun dibumi Melaka. Alhamdulillah. Panas bertukar sejuk dan dingin. Jerebu pun tak da. Bila hujan turun dan cuaca redup gini memang sedap kalau layan tido. Mata rasa nak pejam aje. Tapi bila teringat anak-anak haku nak ke sekolah, bangunlah juga. Dah nama tanggungjawab x perlulah merungut. Ikhlaskan dengan apa yg. kita lakukan.

Hujan tambah mengguyur. Bella dan Jri pagi ni x sekolah. Bukan ponteng tau tapi sekolahnya memang cuti peristiwa sbb. dah tiga hari bersukan sakan. Cuma anak haku yg. bungsu, si Una tu yg. sekolah. Mula2 tu bila dia tenguk kedua sister dan brothernya nampak x kelam-kabut macam selalu, dia mulalah nak buat hal dan cari alasan nak pontenglah. Tapi mujur bila tenguk haku dan mem dia sibuk ke tempat keja, dia pun nampak bersemangat.

Hujan semakin reda dan haku turunkan Una depan sekolah aja. Klu. lebat lagi terpaksalah aku masuk smpi ke dalam. Yg. haku menyampah bila dah masuk tu susah nak keluar. Bukan hapa sbb. semua pemandu yg. hantar anak ni macam dah hilang pertimbangan pulak. Tak kira nak keluar atau masuk main hentam aja. Kalau beralah aja alamatnya kita pulak yg. jadi mangsa, lambat sampai opis. Masa2 macam nilah etika pemandu berhemah rakyat negara kita lesap. Ho. Ho.

Tapi pada hari ini,selepas sembahyang Jumaat haku dan mem dapat berita gembira. Si Lina anak haku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Haku dah agak sbb. tu aku kurang terkejut. Nampaknya dia ikut jejak along dia ke USM. Dan haku pulak dah tentu lepas ni banyak le kena ulang alik ke Utara lagi. Pe pun tahniah buat anak haku si Lina. Semoga dia akan menjadi idola kpd. anak-anak haku yg. lain.


Teka mana si Lina? Ye betul! Aku la yang pakai spek tu......he..he..

Thursday, July 14, 2011

Pengaruh Iklan

Apakah yang terlintas difikiran anda bila terpandang sesuatu iklan? Dalam tak sedar ia berupaya mempengaruhi minda kita. Iklan juga bisa memberi kita pengetahuan, peringatan,dorongan dan sebagainya. Misalnya iklan yg. terpampang disebuah hotel tempat haku menginap selama 3 hari diKuala Lumpur ini. Walau pun bulan puasa belum menjenguk, iklan ini terang-terang sudah menawarkan harga berbuka puasa dihotel tersebut. Sebenarnya Inilah antara salah satu strategi yg. cukup hebat. Ia biasa dilaksanakan oleh mereka yg.terlibat dalam sesuatu bidang perniagaan.

Adakah anda nampak kesan dari iklan ini? Tentu sekali. Demikian bagi sesiapa yang terlibat dalam apa bidang sekali pun, sebagai salah satu langkah 'membranding' jenama anda, jangan
anda anggap pengiklanan ini tak penting. Sebab itu ada kawan haku yg. tak tahu pernah tanya, kenapa harga iklan ni tersangattttttttlah mahalnya. Itulah jawabannya.


Dua minggu lagi nak puasa tapi iklan dah terpampang. Salah satu strategi yg. kesannya tentu umphh........

Sunday, July 10, 2011

Kerja diKUL

Ari ni haku nak ke Kuala Lumpur. Ada tugas di sana selama 3 hari. Biasalah walau hati tak berapa nak gumbira bila kerja luar tapi atas nama tugas dan amanah haku perlu tabahkan hati Lagi pun ini adalah kewajiban selain punca pendapatan bagi haku eemenjak bertahun lalu.

Misalnya dari sini anak haku membesar,bersekolah.ke U dan kemudian bekerja walau pun tak macam haku. Darinya haku ada sebijik kereta,ada umah,ada juga benda lain yg.serba sederhana. Semua ini adalah diatas kurnia dan nikmat yang diberikan olehNya. Aku sentiasa bersyukur.

Mengucap syukur,alhamdulillah, selain dari yang haku perolehi itu usah sesekali dilupa juga ttg. nikmat lain umpama kesihatan, usia, keselamatan serta bermacam lagi nikmat yang tak terhitung banyaknya. Dalam sehari semalam saja misalnya sudahkah kalian hitung berapa banyak tarikan keluar masuk nafas yang mengunakan udara atau oksigen yg. diberikan secara percuma?

Bagi haku yg. penting rezeki yg. diperolehi kita itu dari punca yg. halal. Dlm. hal ini haku senantiasa berpegang pada kata-kata, "biar sedikit kita dapat tapi berkat, daripada banyak tapi mudarat."

bahagian dapur umah haku.

Bunga butang. Haku suka warnanya kala berkembang.

Seni taman di tepi umah haku.

Saturday, July 9, 2011

Takhta Dan Rakyat Suatu Manifestasi

Bila terjadi demonstrasi diKL semalam, haku teringat peristiwa yg. hampir sama beberapa tahun lalu yg. agak hangat diperkatakan di negara Malaysiaku yang tercinta ini. Kalau demo kali ini berkisar pasal hal PRU yg. konon dikata tak telus, tapi peristiwa yg. berlaku pada 1992 itu berkisar seputar Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 di Dewan Rakyat. Ketika itu PM kita adalah Tn Dr. Mahatir Mohamad. Survival bukan di Tangan raja, kata Naib Presiden UMNO ketika itu, Dato' Sri Anwar Ibrahim. Itu antara kata beliau dalam akhbar U.Malaysia Rabu, 6 Januari 1993.
Isu kontemporer tentang istana dan raja-raja Melayu akan menyebabkan terbukanya lembaran baru perundangan, serta minda Melayu yg. selama ini berada dalam suatu kerangka adat dan feudalisme. Suatu kebudayaan baru yg. lebih adil, humanistik dan bersesuaian dengan agama diharap menjelma sebagai alternatif. Haku tak berhasrat mengulas ttg. demo yg. diadakan oleh mereka baru2 ini. Sejauh mana apa yg. mau digembar-gemburkan sebagai perjuangan mereka itu berjaya atau sebaliknya.
Sebagai antara pengarang Malaysia dan penulis(Haku bukannya pengarang cuma sebagai salah seorang peminat sastera saja)telah tertarik menulis sesuatu mengenai isu itu apabila Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)mempelawa para pengarang Malaysia memanifestasikan dan merakam apa saja karya dalam bentuk yg, kekal dalam sejarah persuratan bangsanya. Penulis diberi pilihan sama ada meluahkanya dalam bentuk puisi atau prosa yg. padat sebagai suatu perenungan,pendapat,sikap serta wawasan mereka terhadap isu kontemporer ini. Karya2 yg terpilih akan diantologikan dalam sebuah buku yg. menarik, menurut Anwar Ridhwan, Ketua Bhg. Sastera ketika itu.
Aku gembira bila dihubungi oleh pihak DBP mengatakan karya haku telah terpilih diantara ribuan karya yg. dikirim para penulis. Disamping honorarium haku turut dihadiahkan 2 buah buku yg.tak ada dijual di mana-mana kedai buku.

Kulit buku Takhta Dan Rakyat.


Puisi haku yg. terpilih.

Pertanian Adalah Kesihatan selain Perniagaan

Pertanian adalah perniagaan itu slogan Kemeenterian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Tapi bagi haku lainlah pulak. Bagi haku pertanian adalah kesihatan. Maksud haku kalau sesapa rajin sikit tanam itu ini badan dia mesti berpeluh. Bila berpeluh badan sihat. Tak semestinya ada kebun berpuluh ekar, ada sikit kawasan lapang dirumah pun dah cukup sebenarnya untuk kita mengeluarkan peluh. Kalah berjogging. Kalau berjogging ni dua tiga lap barulah kita rasa nak berpeluh berbanding kita berkebun
Haku selalu berkebun bila balik dari kerja atau pada hujung minggu. Daripada membuta haku ke belakang rumah. Di situ dulunya semak-samun tebal. Haku tebas sikit2. Haku tanam macam-macam terutama pokok pisang yang seingat haku sejak pindah rumah lebih enam tahun lalu tak renti2 pula ia berbuah. Muak lak makan pisang yang bukan saja aku bagi jiran2 malah sampai ke kampong haku. Tanah ni tak le beso mana. Hanya rezab parit aebetulnya Aku bangga bila usaha yg. aku lakukan kemudian diikuti pula oleh jiran2 lain.Entah kenapa mereka seakan baru sedar yg. dia patutnya dah lama kerjakan tanah tu lama dulu mcm. haku buat. apa pun aku gembira kerana sekarang setidak-tidaknya dibelakang rumah semuanya sudah ada tanaman macam2. Yg. penting tak le semak dengan rumput tebal sepanjang masa.
Mari layan gambar2 haku waktu dikebun petang minggu ni selepas hantar mak haku dengan mem balik kampong..


Pangkin tempat haku berehat...
Pisang Serendah nama pisang ni.Apasal agaknya? Yg. Pasti pokoknya rendah dah berbuah

Bila tenguk bara api cantik aja...mula2 tu aku bako ubi kayu. Kemudian teringat aku amacam kalau bako ikan. Aku masuk ke dalam umah,amik ikan pari 2 kpg. Apalagi aku pun panggang. Fuh...aroma dia x leh tahan beb!

Cicah cili,bawang,air asam. Prghh..

'Tomato' ni macam tau2 aja aku bako ikan. Kejap2 jeling... Kejap2 jeling... Apa pun dia selalu teman aku bila aku ke kebun. Kira okla kan?

Friday, July 8, 2011

Happy Birth Day - 7 July

Hello matt,

We at Artspan Community would like to wish you a happy birthday today!

Hadiah yang paling hebat dai Una...

Layanz sekali gambar2 ini pada malam tu. Pekena ikan masak sweet sour, tomyam seafood,kailan goreng ikan masin,minuman karot susu, barli, milo o, teh tarik srup.... woi mem aku belanja lah pulak malam tu. Alhamdulillah. Sykuran..Wow kalaulah tiap2 ari hari jadi kan best(kata haku dlm hati...)




Bella...macam tak saleralah pulak..

Tuesday, July 5, 2011

Haku Pun Tak Tau

Pasar malam bukan asing bagi kau orang kan? Malam tadi (Selasa) aku berkunjung ke pasar malam tempat haku yang jaraknya tak pun sampai 1 km dari umah. Mulanya memang x de rancangan pun nak ke situ tapi memandangkan mak haku dari kampung ada kat umah, aku pelawa dia ke pasar tu. Aku ajak sekali anak yang bongsu Una sebagai teman. Bukan apa selain nak cari lauk-pauk untuk esok aku sebenarnya nak isi masa mak haku tu. Yelah sementara dia ada kat umah ni.
Aku pun rasa x berapa sedap bila biarkan dia asyik dok mengadap tv dari pagi sambung malam. Al maklum haku dan mem kerja. Anak2 haku pulak semuanya ke sekolah kecuali si Lina yang tgh. tunggu panggilan ke U.
Mujur ada si Lina tu sebagai teman diumah. Dapat jugak mak haku borak2. Berani sikitlah kata orang. Kalau tak, umah haku jadik macam penjara. Inilah delima mak haku bila datang ke rumah haku selama ini. Dia x tahan duduk lama-lama kerana umah aku ni x de orang katanya. Dia pulak x berapa berani duduk sorang apatah umah di kawasan aku ni semua orang keja.
Mak haku nampak seronok apatah lagi Una suka melayan. Dia faham mak haku yang dah kureng pendengaran. Walaupun kadang2 suara mak haku ni mcm. berbisik-bisik, tak keluar, anak aku ni mengiyakan saja sambil kepala angguk2. Anak haku ni memang pandai betul bab berlakun. Mungkin ada bakat berlakon kot?
Aku layan bila Una kata atuk dia nak beli itu ini. Betul ke mak haku yang nak atau memang anak haku yang nak sebetulnya? layan ajale.. malas haku nak pikir banyak2 walaupun rasa poket aku ni makin nipis. Gatal juga kepala haku di buatnya. antara benda yang haku beli termasukla keropok lekor dalam cawan,keropok lekor bungkus,wade (aik! mak haku pun nak kuih ni),apam balik garing,ikan, sayur,tempe,tudung mak haku, kasut mak haku, kasut Una campur makan minum sebelum balik melayangla duit dalam satus lebih.
Mak aku nampak heppi aja maklum datang sesekali haku layan dia cukup2. Aku anggap hanya inilah saja yang dapat kuberikan pada mak haku yang usianya pun dah makin lanjut.
p/s: pada korang yang masih ada ortu(orang tua)hargailah mereka seadanya meski kadang2 kita boleh hangin satu badan layan kerenahnya.

Sunday, July 3, 2011

Coming Home


Balik kampung ni sebetulnya seronok(especially bagi yg. ada kg. la)  kalau yang lahir2 dah kat bando mana ada kampung kan?.  Haku mulanya tak terlintas nak balik.  Serius! Tapi ntah macamna lepas subuh ari minggu ni tiba-tiba rasa nak balik membuak-buakla pulak.  Sambil jalan depan belakang pikir itu ini terutama bajet (bab ni terpenting bila nak gerak ke mana-mana) aku pun amik keputusan balik juga.

Aku offer Jri yang tgh. baring kat sopa.  Bingkas dia bila aku ajak.  Budak ni jarang tolak-sbb. kalau ikut pasti aku akan singgah diwarung teh dangdut yang dia suka tu.  Bila aku bagitau mem aku nak balik, tup! tup! dia yg. tadi tgh. selimut sedap2 nak ikut juga.

Terpaksalah haku tunggu juga.  Kul 7.45 haku mula bertolak.  Lebih kurang dua jam  dah sampai di kampung.  Hujan mulanya renyai kemudian lebat.  Macam tau2 perasaan haku yang agak pilu bila kenang hal mak yang susah sangat nak gi ke  umah anak2.. Smpai dilaman haku bagi salam.  Tak jawab, aku turun.  Haku ketuk pintu sambil jenguk2 dari celah dinding.  Mungkin ada kat dapur atau sedang baring2.  Tapi telahan itu semua meleset.  Pasti dia takda. 

Haku amik keputusan beredar.  Tujuan ke rumah Along nak tanya mak kat mana.  Hish! mak haku ni.  Pintu semua kunci tapi tingkap terbuka.  Risau gak aku di buatnya maklumlah dia tinggal sorang  (ada teman belah malam dengan adik lelaki aku tapi siang dia keja).

Dlm. perjalanan ke umah Along, ketika melewati umah makcik aku yang kat surau, mem tiba2 terpandang mak berdiri di muka pintu umah tu.  Rupanya dia ada kat umah makcik aku.  Katanya bosan kat umah tak ada kawan siang2buta ni. Sebab itu dia merayap ke umah tu.  Dengan makcik haku dapatlah dia bersembang2.  Haku pun terfikir kalau dah tua dan jadi macam dia nanti,macam manalah nak isi masa agaknya ya?  kau orang ada terfikir benda gini ke?  Kalau ada nak juga aku tau apa kau orang nak buat?

Friday, July 1, 2011

Jogging

Tup....Tup dah tiba hujung minggu. Lepas subuh macam biasa haku ajak Jri(anak aku yang no.6 -handsome tapi pemalu ni)gijogging. Sementara haku siap, haku suruh dia tanya pada Mem haku sama ada nak ikut jogging. Yah! mem haku nak ikut sekali. Katanya dah lama tak jogging, badan rasa berat. lagi pun sejak sibuk buat persediaan kenduri Along tempuhari dia tak turun2 ikut haku ke Bukit Serindit tu. Ada le kira-kira sebulan.

Haku selalu keluar sebelum kul 7. Tahla...Kalau lewat rasa macam tak sedap. Tapi tentu haku tak leh lawan Pak Ungku Aziz (Prof. Diraja Ungku Aziz) yg. pasti orang Malaysia semua
kenal.

Tau tak ceritanya? Masa tu dia masih canselor kat UM. Kawan aku sorang reporter nama dia Hanafiah nak buat interview-interbiu dengan Pak Ungku ni. Dia pergilah jogging sekali. Dta kagum dan terkezut sbb, Pak Ungku dah stat jogging seawal jam 5 pagi. Dia sampai lewat sikit dan ikut sekali berjogging. Kata dia masa tu Pak Ungku sebenarnya dah lari sekitar 5 pusingan dikawasan UM. Tenguk bapa umo dia skg? Amacam minda dia?

Jogging bnyk. baik wo... Bagi aku jogging ni menyihatkan badan,menyegarkan minda,mengurang stress,mengurangkan penyakit,dan mcm2 lagi la. Apa pendapat kau orang. Mai kita jogging ramai2. Lepas tu pekena teh tarik. Amacam share2 pendapat korang diruangan komen.

Kabar Dari Facebook

Tak sangka semenjak 2 menjak ni haku ramai peminat(he.. he..). Sumanya gara=gara facebook yang tak semena-mena haku tercreate. Macam-macam kawan yang haku jumpa dengan nick yang pelik-pelik pulak tu. Kalau sebelum ni haku cuma tenguk anak-anak diumah dok layan benda ni, kini giliran aku layanlah pulak. Tapi haku layan gitu2 aja sbb. banyak lagi benda yang haku perlu layan -sorry la kalau haku lambat add kau orang.

Facebook ni baik kalau diguna dengan berhemah. Misalnya kita boleh buat marketing,tempat borak2,tayang muka,jumpa kawan,dengar berita, promo business dsb. Tapi klu. salah guna boleh hangin satu badan di buatnya. Ko ada baca Metro tak ari ni (1.7.2011)? Haku dah agak x ramai baca pasal berita budak perempuan 14 tahun (namanya Yin Yin -ada mirip2 nama kenalan aku di Facebook lak tu) telah cabut lari dari umahnya.

Apasa? Katanya dia ikut boyfriend dia umo 15 tahun. Yin Yin anak remaja Orang Asli dari Ulu Kinta ni dipercayailari kerana termakan pujukan teman facebook. Tak ke haru mak bapak dia.

p/s: Yin Yin kalau ko terbaca tulisan haku ni, baliklah. Sbb tu juga aku pesan2 pada kawan2 yg. especially masih bujang tu,jgn dok asik2 degan facebook ni oi...