Tuesday, November 19, 2013

Rahsia Anak Soleh


Sebagai ibu bapa pernahkah anda terfikir, bagaimana menjadi ibu-bapa yang berjaya mendidik anak dan membesarkan anak?

Pernahkah anda terfikir bahawa kebanyakan masalah sosial yang berlaku di luar dan menakutkan dimana melibatkan ramai anak-anak mutakhir ini, kebanyakannya berpunca daripada pendidikan dari rumah?

Anak perlulah dididik dengan penuh rasa cinta dan bijaksana. Bukanlah memberi tekanan dan kemarahan. Pendidikan yang paling penting dalam diri anak adalah pendidikan AQIDAH. Kerana dengan pendidikan AQIDAH, anak anda mampu berjalan di muka bumi menjadi manusia yang bijaksana.

Percayakah anda bahawa ada kebanyakan ibu bapa tidak tahu bagaimana untuk mula mendidik anak?

Lihat apa kata Pakar Pendidikan Kanak-kanak?

“Sekiranya anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum lagi mula mendidik mereka secara serius, lupakanlah dia dan dapatkan anak yang baru!” (Pakar Kanak -Kanak)

Sesetengah anak lebih selesa berada di luar rumah berbanding berada di rumah. Seolah-olah, berada di luar rumah lebih seronok dan bebas. Hal ini berpunca daripada cara ibu bapa berinteraksi dengannya. Sehingga tiada keseronokan tinggal di rumah. Cuba anda bayangkan jika hal ini berlaku pada diri anda sebagai ibu bapa. Anak anda mula mencari rakan-rakan di luar untuk mencurahkan isi hati dan mencari keseronokan.

Tidakkah kita sebagai ibu bapa merasa begitu bimbang?

Mari kita lihat dan renungi fakta di bawah: 15 juta orang yahudi boleh menguasai dunia berbanding 1.6 billion umat Islam di seluruh dunia?

MENGAPA???

Mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka.Education is the first bussines! Pernah kira tak berapa banyak duit yang kita sanggup keluarkan untuk menyekolahkan anak kita seumur hidupnya nanti? Bagaimana kalau saya katakan bahawa kalau anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu belanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit mengahantar anak ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Mereka sangat berpotensi menjadi anak yang bijak dan indah budipekertinya apabila kita tahu kaedah yang benar dalam mendidik mereka.