Wednesday, August 14, 2013

Cerita Raya

Kejap aja dah 7 Syawal. Ertinya dah 7 hari kita berhari raya. Ramai juga yang dah mula balik bekerja. Begitu pun sejak dua hari lepas ofis masih lengang. Parking banyak kosong. Mungkin minggu depan keadaan akan pulih seperti sediakala bila bebudak dah naik sekolah. Untung cikgu dapat cuti lama. Dapat raya sakan. Tak apa kita yang lain jangan jealous. Itu udah rezeki mereka.
Aidilfiri tahun ni 1434 H aku ambil keputusan tak balik Utara(rumah isteri). Banyak sbb. antaranya, tahun ni banyak kali (walaupun tak sampai 10 x) aku telah berulang-alik kerana mak mentua aku terlantar sakit sehinggalah kemudiannya dia kembali ke Rahmatullah. Satu kehilangan...yang sungguh memilukan kerana aku ingat baru tahun lepas kami dapat beraya bersama-sama. Tahun ni dia dah tak ada dan rumah yang sentiasa meriah dengan kepulanganku anak beranak itu pun kosong. Tinggal hanya adik ipar yang menunggu keseorangan. Kesian dia dan sebak jadinya bila isteri aku habaq tak balik raya bersama tahun ni.

Nak balik Selatan pun hati berat semacam. Sebab dah tiada siapa dirumah kampung tu kerana kedua2 orang tuaku juga telah pergi dan lebih memilu adikku juga pada awal tahun lalu telah menuruti jejak mereka. Maka aku kehilangan orang-orang yang kucintai selama ini bagi memeriahkan rumah tersebut. Dirumah itu juga tiada sesiapa kecuali adik bungsuku bersama keluarganya yang tinggal.

Kalau ikutkan hati aku memang nak balik aja ke Utara, tapi dik memikirkan tak lama lagi anak buah nak kenduri pulak dan nak kena balik lagi sebab itu aku abaikan bab beraya. Setidak2nya dapat save budget sikit (walaupun mana ada savenya bila nama raya setelah berpuasa kan?)

Dan alasan lain anak aku Bella baru masuk kolej. Dia punya budget aja lebih 2k. Tak ke cungap? Tak apalah aku korban demi masa depan dia. Harap dia mengerti dengan pengorbanan yang mak bapa dia lakukan. Kerana aku tak balik ke Utara tak bermakna aku balik ke Selatan. Aku ambil keputusan (sebulat suara) beraya saja diMelaka, rumah sendiri. Nak idupkan suasana tu, bila Ijat balik dari Miri, aku ajak dia mengecat tembok yang dah lama berlumut. Fuh! bayangkan betapa penat dan hausnya tekak bekerja keras dalam bulan puasa tu. Bila Ayi anak lelaki aku yang sorang lagi masuk campur dia sudah buat spoil. Cat undercoat yang warna putih sudah banyak yang tercalit pada warna cokelat tiang tembok. Udahnya tiang coklat berbelak(bertompok) putih sana sini. Sakit mata di buatnya. Tak sempat nak cover tiang tu akhirnya dan aku pun tak daya lagi nak buat apa. Aku biarkan aja cat bertompok macam umah tak siap kerana besuknya pun dah raya.

(Bersambung...ikut mood)