Friday, October 25, 2013

Menulis Novel Dalam Masa 100 hari?

Asalamualaikum...

"Eleh..kalau macam ni pun aku boleh buat." Pernahkah anda berkata demikian pada diri sendiri setelah habis membaca tidak kira novel, puisi,esei,rencana dan sebagainya? Apakah maknanya? Sudah tentu apa yang anda baca itu kurang memuaskan hati dalam erti kata lain tulisan tersebut kurang umphh. Anda juga terfkir kalau anda yang menulisnya barangkali ia akan menjadi lebih baik."

Kata novelist Toni Morrison put it this way: “If there’s a book you really want to read but it hasn’t been written yet, then you must write it.” Menurut catatan pada tahun 1996 saja sebanyak 1.3 million judul buku telah diterbitkan dimana jumlah yang diterbitkan sebanyak 140,000 di US. Bagaimana? Anda tak teringin nak menuis? Apa yang diperlukan?

Jika anda boleh menulis ayat-ayat yang mudah mengenai apa saja disekeliling anda, tanpa mengira jenisnya anda dikira sudah boleh menjadi penulis. Ini sebagaimana yang dilakukan Ernest Hemingway penuis dunia yang terkenal itu. jangan katakan masa sebagai penghalang kerana semua manusia dikekang olehnya. Mereka juga bekerja termasuk saya dan anda termasuk mereka penulis-penulis besar dan terkenal.

Semua dari kita menempuh pengalaman dan kenangan yang berbeza sama ada kaya, miskin,indah, jelek ,membosankan dan sebagainya. Hah, bertolak dari situlah apa kata ianya cuba anda tulis. Dari satu perkataan menjadi satu ayat. Dari satu ayat ke satu perenggan. Seterusnya dari satu muka surat ke satu muka surat dan teruskan dan teruskan tanpa jemu. Selain membaca semua jenis buku latihan begini lama kelamaan akan menumbuhkan minat anda untuk jadi penulis. kalau anda nak berjinak-jinak jadi penulis teruskan. Nasihat 10 sen dari saya. Jenguklah ke sini mana tahu ada tip-tip yang akan saya tulis berguna untuk anda.