Saturday, March 17, 2012

Cucu... Cucu...




Huh! Diam tak diam aku dan isteri dapat gelaran baru bila Muhd. Iman Salihin Shah Rizan dilahirkan. Ada rasa seronok dan tak seronoknya dalam bab menanti kelahiran cucu pertama ini. Tak seronok sebab, hanya setelah dua minggu baru aku berpeluang dapat tenguk Muhd. Iman ni.
Dia berada dihospital selama tempuh tersebut kerana disyakki kurang antibodi. Macam tak caya aja kerana dia sihat walafiat. Yang lebih kesian bilamana ibu dan ayah dia terpaksa ulang-alik ke hospital. Mujur le dari rumah aku ke hospital tu lebih kurang 20 minit. kalau jauh tak ke parah.
Bila dah dua minggu, dia demam pulak. Kata doktor dia mungkin tak dibenarkan keluar lagi lebih kurang seminggu lagi. Panas tul.
Tapi kuasa Allah mengatasi segala. Mungkin termakbul doa Tuk Wan dia dan seisi keluarga yang inginkan sangat dia cepat keluar.
Belum sampai lima hari, dapat berita yang Muhd. Iman dibenarkan keluar. Alhamdulillah...
Tak payah le cerita panjang2 disini bagaimana sambutan semua orang kat dia. Kalau dia leh cakap tentu dia cakap gini agaknya, "Apa le kecuh sangat ni? Iman nak tidur la..."