Wednesday, August 17, 2011

Tadarus

Tadarus sangat identik dengan Al-Quran. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, sebagai umat Islam kita sangat digalakan untuk sekurang-kurangnya dapat meluangkan waktu membaca walau satu marka' sehabis bertarawih.

Sejak zaman berzaman, bertadarus biasa dilakukan secara bersama. Dalam sesebuah kumpulan misalnya, surah-surah mahu pun ayat-ayat Al-Quran akan dibaca secara bergilir atau bergantian. Disesetengah tempat, ia berkumandang sehabis solat tarawih hingga ke larut malam malah kadang-kadang sehingga menjelang Subuh.

Cerita pasal tadarus ni, haku terkenang waktu bertadarus di kampung bersama kawan-kawan. Sehabis tarawih kami mengelilingi sebuah meja empat persegi. Tomok selaku ketua membahagi-bahagikan surah-surah tertentu mengikut beberapa kumpulan. Sudah tentu bagi mereka yang lancar akan dapat menghabiskan bacaan dalam waktu yang singkat. Sementara bagi mereka yang terkial-kial pula selalunya memakan masa yang panjang bagi menghabiskan satu-satu surah tersebut.

Dalam hal tadarus ni, haku teringat kawan aku, si Junaidi yang memang terkenal cukup pantas dan laju bila membaca. Fuh! kalah semua orang dan memang tak terkejarlah pendeknya, kata orang. Cukup geram kawan-kawan lain dengan dia. Apa taknya orang lain sedang merangkak-rangkak, tereja-eja, dia pulak dah tiba penghujung.

Aku yang selalu duduk sebelah dia turut geram juga. Walau pun kubaca agak laju, namun aku masih tak dapat menandinginya. Betulah cucu Tok Moh sorang ni. Tapi dalam diam-diam kala tu selalu timbul persoalan dalam benak aku, betul ke apa yang dibaca tu atau dia main hentam kromo tanpa hirau hukum dan sebagainya?

Justeru bagi mencari makna tadarus yang sebetulnya adalah membaca Al-Quran secara tertib dan bergiliran jika ia dilakukan dalam sesebuah kumpulan. Apabila seseorang mengambil gilirannya membaca,yang lain akan membuat penyemakan. Pada waktu inilah mereka yang lebih arif akan turut membetulkan atau menegur tiap kehilafan yang dilakukan. Ini termasuklah hukum-hukum tajwid, harakat atau panjang pendek satu-satu ayat. Baru le betul walau pun bacaan kita kekadang kedengaran tenggelam timbul,sengau-sengau, serak, batuk-batuk atau tersekat-sekat. Al maklum bila dah terlalu lama tidak memperdengar bacaan ni faham-faham ajalah...


Thursday, August 11, 2011

Persediaan Sebelum Tidur

Pos ni tak da kena mengena dengan mereka2 yang kaki tidur terutama sepanjang menjalani ibadah puasa. Kalau sebelum ni kita rasa ngantuk dan terus tidur gitu aja, ada baiknya hadis ini dijadikan panduan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.
Petikan dari :Himpunan Hadis




Friday, August 5, 2011

Terawih Dalam Gelap

Khamis malam Jumaat, seusai solat Isyak di Masjid Al-Wahab Permatang Duyung, tempat haku, tetiba aja 'black out'. Halamak1 Apasal lak ni?. Hati ni bersoal mungkin soal ni diajukan sama para jemaah dalam hati. Masing-masing mula resah al-maklum bila letrik terputus ni,masing2 terbayang kepanasan bila kelak terawih 20 rakaat dijalankan.

Mujur ada juga cahaya dari lampu kecemasan yang mahu berfungsi walaupun terangnya gitu2 aja. Pasal cahaya tu haku rasa tak berapa dihirau sesangat oleh jemaah tapi bab panas ni yang buat memasing tak tahan. Buktinya dah mula kedengaran keluh-kesah, ada yang berjalan keluar, mundar mandir dan yang mula mengipas-ngipas baju sendiri dengan tangan.

"Minta maaf tuan2. Disebabkan x de api malam ni, kita buat terawih 8 rakaat saja." Tetiba pak imam bersuara dari depan. Aik!Apasal dia pula yg. kena minta maaf? Bukan ke benda nijadi tanpa dirancang sesiapa. Ada berbagai kemungkinan misalnya fius terbako le,terlalu berlebihan power ke,dll. Bab ni kena tanya TNB la...

Jangkaan cepat TNB sambung semula api ni bukannya kejap. Dari pukul 8 lebih hingga jam 12 malam baru ada api semula. Sapa tak panas dibuatnya. Tak larat aku nak membebel lagi. Dah lebihkan keadaan dipendalaman pulak bila haku dapati seluruh taman bergelap. Dikedai tadi aku tenguk ada yg. minum bergelap, makan bergelap,berborak2 bergelap. Mujur kat rumah haku ada le lilin juga. Kalau tak bergelaplah juga dibuatnya.

Kemudian selepas saja sahur sekali lagi api terputus. Hei apa la punya hal ni TNB? Mujur le tak lama. Kalau x mau haku angkat telefon dan tanya baik-baik pada pihak TNB tu, "Incik semua org bayar bil tau... Apasal lu buat macam ni? Ini bukan kali pertama tau!"


Monday, August 1, 2011

Sedikit info bulan Ramadan

Sejarah Ramadan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan – pengampunan,
- 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.