Tuesday, September 17, 2013

SETEM HASIL

Apa itu setem hasil? Tanya Bella sewaktu kereta mula bergerak.

Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.Akta Setem 1949 memperuntukkan berkenaan duti atau cukai mengikut nilai dari setiap transaksi. Contohnya hartanah anda. Pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.

Dalam kes PTPTN Bella, duti setem sebanyak Rm20(Rm10 utk.setiap keping) dikenakan pada dokumen perjanjian diantara pelajar dan pihak PTPTN. Ia sebagai satu kontrak di mana para pelajar yang mendapat pinjaman perlu akur pada terma-terma yang telah dijelaskan. Kalau mungkir tindakan mahkamah boleh diambil.

Tentu kita pernah dengar banyak kes peminjam yang ingkar dan berdegil enggan membayar balik pinjaman sehingga arahan terpaksa dikeluarkan seperti tidak dibenarkan keluar negara,tidak boleh membuat pinjaman bank dan sebagainya.

Aku hanya berharap Bella faham dan semuga apa yang kutuliskan padanya ini membakar semangat dia untuk belajar bersungguh-sungguh. kalau mengenggam ijazah pertama segala bebanan pinjaman ini akan langsai dengan sendirinya. Tak perlu pening-pening bagaimana nak bayar selepas 6 bulan nanti walau belum dapat kerja.