Saturday, September 17, 2011

Bukan Jalan=Jalan Cari Makan

Raya tahun ini boleh dikatakan raya berjalan utk. kereta haku. Kalau ia boleh bersuara aku tak tahulah macam mana nak cakap penat dan letihnya. Apa ke daknya rodanya syik berpusing dari selatan ke utara dan balik semula ke selatan. Kalau keta saja yg.letih tapi aku terutamanya sebagai pilot dan mereka yg. sama-sama terlibat lagi le letih.

Semua ini gara-gara cuti sekolah yg. nak naik hampir serentak dengan hari mendaftar pelajar2 yg. nak ke Universiti termasuk sekali si Lina anak aku. Tu le pasalnya...

Dah le penat letih puasa belum abis, kemudian tu persiapan raya, kemudian tu cari barang-barang yg. macam nak pindah umah gamaknya, terpaksalah aku ke ulu hilir. mau tak mau ikut aja le...

Tahun ni jadual last2 minit terpaksa ubahlah juga akhirnya. Kalau mula tu sebelum raya nak balik ke kampung aku dulu bang sehari dua, tapi secara drastik aku amik keputusan balik selepas subuh. Aku cakap pada mem dan anak-anak lepas aja siap masak dan pakaian baju raya sekali kita terus bertolak dari Melaka ke Johor. Aku cakap mau sembahyang raya di kampung. Ok roger!

Aku bertolak waktu macam aku habis sahur. Gitu le gamaknya. 2 jam aku dah terpacak dikampung sampai mak aku pun terkejut. Tapi nyata dia gumbira bila tenguk cucu-cucu dia semuanya ikut. Dan tentu dia lebih gembira bila semua persiapan seperti ketupat, ketupat daun palas(ni aku minta mem atau isteri aku buat)kerana kat Johor benda ni x pernah pun orang buat time raya, lauk-pauk dan kuih aku bawa. Bagi aku itulah detik paling seronok bila cerita bab balik kampung ni. Jangan lupa juga akan niat kita dlm. hal ini. Jika kita balik hatta hanya nak menatap wajah orang yg. kita sayang terutama macam mak kita sendiri, kita akan beroleh ganjaran pahala. Tapi ada juga yg. buat dono dalam hal ini. Korang pun tentu selalu terbaca atau pernah mendengar sendiri akan cerita orang2 tua yg, tidak dipedulikan dan hanya terlantar di rumah kebajikan kerana dipinggirkan anak2. Oh! sampai hati mereka. Dan mengenang semua itu aku teramatlah sediy...

Walau sekejap tapi aku rasa puas dapat balik dan dapat beraya dengan sanak-saudara. Petang tu juga aku terpaksa balik kerana banyak urusan lain. Yg. paling besar dah tentulah urusan nak bertolak ke utara pulak.

Dari Melaka aku ke Grik, dari Grik aku ke Baling. Dari Baling aku ke Sg. Petani. Dari Sg, Petani aku ke Pulau Pinang. Macam gasing le. Di Pulau Pinang aku menginap di Vistana Hotel. Hotel ni dikira paling dekat dengan USM sebab tu walau mahal aku terpaksa pilih juga.

6hb. pepagi lagi aku ke USM. Boleh tahan jem di Pulau ni walaupun tak seteruk KL. Aku macam biasa le memandu kalau x berapa biasa tempat baru. Disiplin memanjang dan tak kurang ngomel2 sikit. Terlajaklah pulak dalam hati2 tu. Mujur le along yg. dah tinggal 4 tahun ada ikut sekali. Walau pun memula dia blur tapi akhirnya aku sampai ke destinasi.

Urusan mendaftar selesai dalam waktu yg. dikira singkat le juga. Aku tenguk sistem yg. diguna pakai oleh universiti ni tak ketinggalan canggihnya. Semua urusan mesti disiapkan seseorang mahasiswa/siswi sebelum mendaftar secara online. Ternyata ia memudahkan semua pihak. Samapai disana pelajar baru hanya pelu ke admin dan serah semua benda. Ambil kunci dan apa yg. patut dan masuk ke hostel memasing.

Lebih kurang 2 jam selesai segala urusan. Memandangkan betapa pantasnya pendaftaran yg. aku jangka memakan masa setengahari macam dulu ternyata melegakan aku. Sebab aku bole bertolak balik dan boleh le rehat sikit.

Mai layan gambar-gambar Penag dari Vistana...



Friday, September 2, 2011

Dah Cuti Raya, Baliklah Pulak...

Sekali lagi hari ni aku ke LCCT. Jam 3 pagi wo dah kena bangun gara-gara flight anak aku tu jam 7.20 am. Orang tengah sedap2 membuta aku pulak terpaksa bangun. Aku bertolak dalam dingin pagi dan memecut di lebuhraya yang tak berapa banyak lagi kenderaan. Ada hikmah juga memandu di waktu begitu kerana sekurang2nya tak le tension. Ini juga pengalaman pertama aku memandu pada waktu begitu.
Aku ingat masa anak aku balik dulu dia terpaksa turun di Johor kerana kehabisan tiket gara2 nak raya punya fasal. Mau tak mau tambang mahal pun beli juga. Mujur masa nak balik ni ada tiket di KL. Tu lah yang kadang2 mengingatkan aku betapa bersyukurnya kita yg. tinggal disini dan tak payah pening2 fikir pasal tiket ke hapa bila nak balik terutama time2 perayaan tiba.