Sunday, December 30, 2012

Karya Akhir Tahun 2012 - Mingguan Warta Perdana

Judul Cerpen: Citra Komeng

Tarikh Tersiar : 30 Disember 2012

Semoga Tahun Baru 2013 aku masih mampu menukilkan karya-karya dengan lebih prolifik.

Wednesday, December 19, 2012

Apa Ada di Pulau Besar?

Pulau ini ramai yang tak tahu, ia juga di kenali sebagai Pulau Bertuah. Berkeluasan 168 hektar dan terletak 15 km dari pusat bandar Melaka. Merupakan sebuah pulau yang terbesar di Melaka. Dikatakan penuh dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancong khusus daripada keturunan India Muslim.

Terdapat kemudahan feri yang terletak di Anjung Batu atau bot dari jeti Umbai yang boleh di sewa untuk ke sana. Terdapat juga gerai-gerai dan chalet yang di sediakan bagi pelancong menikmati pantai yang cantik dan menarik.

Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan - Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya.

Tapi perlu ada pemandu le, kalau tak, tak jumpalah banyak benda yang misteri tu...

Keramat Ular
Pokok Disula
Perkampungan Bunian
Batu Tengkorak
Keramat Tempayan Pecah