Friday, July 15, 2011

Oh! Hujan

Sedari malam hujan turun dibumi Melaka. Alhamdulillah. Panas bertukar sejuk dan dingin. Jerebu pun tak da. Bila hujan turun dan cuaca redup gini memang sedap kalau layan tido. Mata rasa nak pejam aje. Tapi bila teringat anak-anak haku nak ke sekolah, bangunlah juga. Dah nama tanggungjawab x perlulah merungut. Ikhlaskan dengan apa yg. kita lakukan.

Hujan tambah mengguyur. Bella dan Jri pagi ni x sekolah. Bukan ponteng tau tapi sekolahnya memang cuti peristiwa sbb. dah tiga hari bersukan sakan. Cuma anak haku yg. bungsu, si Una tu yg. sekolah. Mula2 tu bila dia tenguk kedua sister dan brothernya nampak x kelam-kabut macam selalu, dia mulalah nak buat hal dan cari alasan nak pontenglah. Tapi mujur bila tenguk haku dan mem dia sibuk ke tempat keja, dia pun nampak bersemangat.

Hujan semakin reda dan haku turunkan Una depan sekolah aja. Klu. lebat lagi terpaksalah aku masuk smpi ke dalam. Yg. haku menyampah bila dah masuk tu susah nak keluar. Bukan hapa sbb. semua pemandu yg. hantar anak ni macam dah hilang pertimbangan pulak. Tak kira nak keluar atau masuk main hentam aja. Kalau beralah aja alamatnya kita pulak yg. jadi mangsa, lambat sampai opis. Masa2 macam nilah etika pemandu berhemah rakyat negara kita lesap. Ho. Ho.

Tapi pada hari ini,selepas sembahyang Jumaat haku dan mem dapat berita gembira. Si Lina anak haku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Haku dah agak sbb. tu aku kurang terkejut. Nampaknya dia ikut jejak along dia ke USM. Dan haku pulak dah tentu lepas ni banyak le kena ulang alik ke Utara lagi. Pe pun tahniah buat anak haku si Lina. Semoga dia akan menjadi idola kpd. anak-anak haku yg. lain.


Teka mana si Lina? Ye betul! Aku la yang pakai spek tu......he..he..

No comments:

Post a Comment