Wednesday, August 17, 2011

Tadarus

Tadarus sangat identik dengan Al-Quran. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, sebagai umat Islam kita sangat digalakan untuk sekurang-kurangnya dapat meluangkan waktu membaca walau satu marka' sehabis bertarawih.

Sejak zaman berzaman, bertadarus biasa dilakukan secara bersama. Dalam sesebuah kumpulan misalnya, surah-surah mahu pun ayat-ayat Al-Quran akan dibaca secara bergilir atau bergantian. Disesetengah tempat, ia berkumandang sehabis solat tarawih hingga ke larut malam malah kadang-kadang sehingga menjelang Subuh.

Cerita pasal tadarus ni, haku terkenang waktu bertadarus di kampung bersama kawan-kawan. Sehabis tarawih kami mengelilingi sebuah meja empat persegi. Tomok selaku ketua membahagi-bahagikan surah-surah tertentu mengikut beberapa kumpulan. Sudah tentu bagi mereka yang lancar akan dapat menghabiskan bacaan dalam waktu yang singkat. Sementara bagi mereka yang terkial-kial pula selalunya memakan masa yang panjang bagi menghabiskan satu-satu surah tersebut.

Dalam hal tadarus ni, haku teringat kawan aku, si Junaidi yang memang terkenal cukup pantas dan laju bila membaca. Fuh! kalah semua orang dan memang tak terkejarlah pendeknya, kata orang. Cukup geram kawan-kawan lain dengan dia. Apa taknya orang lain sedang merangkak-rangkak, tereja-eja, dia pulak dah tiba penghujung.

Aku yang selalu duduk sebelah dia turut geram juga. Walau pun kubaca agak laju, namun aku masih tak dapat menandinginya. Betulah cucu Tok Moh sorang ni. Tapi dalam diam-diam kala tu selalu timbul persoalan dalam benak aku, betul ke apa yang dibaca tu atau dia main hentam kromo tanpa hirau hukum dan sebagainya?

Justeru bagi mencari makna tadarus yang sebetulnya adalah membaca Al-Quran secara tertib dan bergiliran jika ia dilakukan dalam sesebuah kumpulan. Apabila seseorang mengambil gilirannya membaca,yang lain akan membuat penyemakan. Pada waktu inilah mereka yang lebih arif akan turut membetulkan atau menegur tiap kehilafan yang dilakukan. Ini termasuklah hukum-hukum tajwid, harakat atau panjang pendek satu-satu ayat. Baru le betul walau pun bacaan kita kekadang kedengaran tenggelam timbul,sengau-sengau, serak, batuk-batuk atau tersekat-sekat. Al maklum bila dah terlalu lama tidak memperdengar bacaan ni faham-faham ajalah...


No comments:

Post a Comment