Friday, September 2, 2011

Dah Cuti Raya, Baliklah Pulak...

Sekali lagi hari ni aku ke LCCT. Jam 3 pagi wo dah kena bangun gara-gara flight anak aku tu jam 7.20 am. Orang tengah sedap2 membuta aku pulak terpaksa bangun. Aku bertolak dalam dingin pagi dan memecut di lebuhraya yang tak berapa banyak lagi kenderaan. Ada hikmah juga memandu di waktu begitu kerana sekurang2nya tak le tension. Ini juga pengalaman pertama aku memandu pada waktu begitu.
Aku ingat masa anak aku balik dulu dia terpaksa turun di Johor kerana kehabisan tiket gara2 nak raya punya fasal. Mau tak mau tambang mahal pun beli juga. Mujur masa nak balik ni ada tiket di KL. Tu lah yang kadang2 mengingatkan aku betapa bersyukurnya kita yg. tinggal disini dan tak payah pening2 fikir pasal tiket ke hapa bila nak balik terutama time2 perayaan tiba.





No comments:

Post a Comment