Monday, September 21, 2020

Lama Dah Terbiar....Dan Kisah Harry Potter

" Lama nau tebiau... " ni loghat orang Melaka kalau tak salah. Kalau salah maaf. Begitulah halnya dengan blog ini. Kalau ibarat pokok dah meninggi, kalau semak dah samun, kalau usia  macam kawan makin senja, kalau rumah makin usang, kalau mentari makin condong.


Apa sebabnya? Selain masa itu asyik disibukan oleh hal tugas atau kerja, urusan keluarga, dan banyak lagi yang jika nak diurai satu persatu cukup banyak, memadai dipendekkan sebagai 'urusan duniawi' maka beberapa blog terpaksa disingkirkan. Yang tinggal blog ni, dan juga https://my-watercolorpainting.blogspot.com/ disamping blog bagi Persatuan Penduduk Taman SD2, tempat tinggal di Melaka. 

Sebetulnya itu hanya alasan kerana setelah beberapa tahun bersara ternyata blog ini pun masih tak terusik.

Tak tahulah sebab sebetulnya, tapi yang mudah cakap 'malas'. Sebab menulis ni pun tidaklah mendatangkan income macam menjual barang. Lain kalau diBarat macam penulis Harry Potter, J. K. Rowling tu yang hasil penulisannya saja tak habis makan. Dikabarkan pendapatannya melebihi pendapatan Ratu Elizabeth. Ini fakta bukan auta.

Harry Potter (kalau tulisan Jawi Harry tu jadi 'Hari' merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama buku-buku ciptaan J.K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Novel pertamanya, Harry Potter and the Philosopher's Stone, diedarkan pada tahun 1997, namun ceritanya diplotkan terjadi pada hujung tahun abad ke -20.

Itulah serba sedikit kisahnya, Adakah pada abad ini penulis yang setanding beliau ? Seakan mustahil semua ini digapai oleh penulis-penulis lainnya sementelah penulis ikan bilis macam kawan. 

Selamat membaca ....


No comments:

Post a Comment