Tuesday, July 5, 2011

Haku Pun Tak Tau

Pasar malam bukan asing bagi kau orang kan? Malam tadi (Selasa) aku berkunjung ke pasar malam tempat haku yang jaraknya tak pun sampai 1 km dari umah. Mulanya memang x de rancangan pun nak ke situ tapi memandangkan mak haku dari kampung ada kat umah, aku pelawa dia ke pasar tu. Aku ajak sekali anak yang bongsu Una sebagai teman. Bukan apa selain nak cari lauk-pauk untuk esok aku sebenarnya nak isi masa mak haku tu. Yelah sementara dia ada kat umah ni.
Aku pun rasa x berapa sedap bila biarkan dia asyik dok mengadap tv dari pagi sambung malam. Al maklum haku dan mem kerja. Anak2 haku pulak semuanya ke sekolah kecuali si Lina yang tgh. tunggu panggilan ke U.
Mujur ada si Lina tu sebagai teman diumah. Dapat jugak mak haku borak2. Berani sikitlah kata orang. Kalau tak, umah haku jadik macam penjara. Inilah delima mak haku bila datang ke rumah haku selama ini. Dia x tahan duduk lama-lama kerana umah aku ni x de orang katanya. Dia pulak x berapa berani duduk sorang apatah umah di kawasan aku ni semua orang keja.
Mak haku nampak seronok apatah lagi Una suka melayan. Dia faham mak haku yang dah kureng pendengaran. Walaupun kadang2 suara mak haku ni mcm. berbisik-bisik, tak keluar, anak aku ni mengiyakan saja sambil kepala angguk2. Anak haku ni memang pandai betul bab berlakun. Mungkin ada bakat berlakon kot?
Aku layan bila Una kata atuk dia nak beli itu ini. Betul ke mak haku yang nak atau memang anak haku yang nak sebetulnya? layan ajale.. malas haku nak pikir banyak2 walaupun rasa poket aku ni makin nipis. Gatal juga kepala haku di buatnya. antara benda yang haku beli termasukla keropok lekor dalam cawan,keropok lekor bungkus,wade (aik! mak haku pun nak kuih ni),apam balik garing,ikan, sayur,tempe,tudung mak haku, kasut mak haku, kasut Una campur makan minum sebelum balik melayangla duit dalam satus lebih.
Mak aku nampak heppi aja maklum datang sesekali haku layan dia cukup2. Aku anggap hanya inilah saja yang dapat kuberikan pada mak haku yang usianya pun dah makin lanjut.
p/s: pada korang yang masih ada ortu(orang tua)hargailah mereka seadanya meski kadang2 kita boleh hangin satu badan layan kerenahnya.

No comments:

Post a Comment