Friday, July 22, 2011

Menjelang Ramadan

Tak berapa lama tiba lagi bulan Ramadan atau bulan puasa. Berbahagialah bagi kita yg. dipanjangkan usia kerana bakal menyambut kedatangannya untuk kesekian kali. Lebih bahagia dan beruntung selain ditambahkan usia kalau ia turut disertai dengan bertambahnya keimanan,ketakwaan,kesedaran,kesetiaan kita terhadap segala suruhanNya. Justeru disamping pelbagai perancangan yang kita buat didunia jangan sesekali dilupakan akan perancangan ke negeri abadi itu.

Bulan Ramadan - bulan untuk umatku, kata Junjungan kita merupakan satu bulan yang terdapat didalamnya satu malam yang sering diimpikan seluruh umat Islam. Ia suatu malam yg. mengatasi seribu bulan beribadah andai dipertemukan.

Bulan Ramadan bulan menahan seluruh hawa nafsu yg. sering menggoda kita saban hari. Ramadan adalah bulan peperangan bagi mengatasinya. Juga bulan muhasabah, bulan kembali membersih, memberus segala jelaga yang bersarang tanpa sedar dalam diri.

Tapi yang seharusnya lebih diingat ini bukan bagi kita menjadikannya sebagai bulan membazir. Boleh ke haku atau kau orang tahan atau tenguk aja tahan nafsu kalau orang sekeliling kita dah mula usha2 pakaian, promosi itu ini atau dah mula bercakap2 pasal hari raya walau pun biasanya belum sampai pun seminggu Ramadan?

Haku bukan nak berkhutbah tapi kebetulan apa yg. haku tulis ini ekoran teringat2 kata imam semasa berkhutbah siang Jumaat tadi pasal ketibaan bulan mulia Ramadan ini.

No comments:

Post a Comment