Saturday, July 23, 2011

Sajak Kuala Lumpur

Setiap berkesempatan menjenguk Kuala Lumpur perasaan semacam tergamit-gamit untuk menyelami setiap pengalaman yang diraih dari ibu kota ini. Maklum sebagai bekas penghuninya selama hampir 10 tahun banyak pahit manis peristiwa yang haku lalui. Beberapa kali malah sajak ttg. kota ini berjaya haku nukilkan. Pernah misalnya tersiar di Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan akhbar-akhbar arus perdana lain.

Pada kesempatan bertugas selama 3 hari di sana baru-baru ni, nyata haku tertarik lagi bagi mencoret sajak atau puisi mengenainya. Kepala haku memberat mencanai idea terbaik bagi menuliskannya. Spt. biasa haku pun mengirimkan sajak tu ke akhbar Berita Minggu. Hari ni 24hb. Julai 2011 sajak tu tersiar. Alhamdulillah... Bagi peminat puisi anda bolehlah baca diruangan sastera akhbar tu.

No comments:

Post a Comment