Saturday, July 9, 2011

Pertanian Adalah Kesihatan selain Perniagaan

Pertanian adalah perniagaan itu slogan Kemeenterian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Tapi bagi haku lainlah pulak. Bagi haku pertanian adalah kesihatan. Maksud haku kalau sesapa rajin sikit tanam itu ini badan dia mesti berpeluh. Bila berpeluh badan sihat. Tak semestinya ada kebun berpuluh ekar, ada sikit kawasan lapang dirumah pun dah cukup sebenarnya untuk kita mengeluarkan peluh. Kalah berjogging. Kalau berjogging ni dua tiga lap barulah kita rasa nak berpeluh berbanding kita berkebun
Haku selalu berkebun bila balik dari kerja atau pada hujung minggu. Daripada membuta haku ke belakang rumah. Di situ dulunya semak-samun tebal. Haku tebas sikit2. Haku tanam macam-macam terutama pokok pisang yang seingat haku sejak pindah rumah lebih enam tahun lalu tak renti2 pula ia berbuah. Muak lak makan pisang yang bukan saja aku bagi jiran2 malah sampai ke kampong haku. Tanah ni tak le beso mana. Hanya rezab parit aebetulnya Aku bangga bila usaha yg. aku lakukan kemudian diikuti pula oleh jiran2 lain.Entah kenapa mereka seakan baru sedar yg. dia patutnya dah lama kerjakan tanah tu lama dulu mcm. haku buat. apa pun aku gembira kerana sekarang setidak-tidaknya dibelakang rumah semuanya sudah ada tanaman macam2. Yg. penting tak le semak dengan rumput tebal sepanjang masa.
Mari layan gambar2 haku waktu dikebun petang minggu ni selepas hantar mak haku dengan mem balik kampong..


Pangkin tempat haku berehat...
Pisang Serendah nama pisang ni.Apasal agaknya? Yg. Pasti pokoknya rendah dah berbuah

Bila tenguk bara api cantik aja...mula2 tu aku bako ubi kayu. Kemudian teringat aku amacam kalau bako ikan. Aku masuk ke dalam umah,amik ikan pari 2 kpg. Apalagi aku pun panggang. Fuh...aroma dia x leh tahan beb!

Cicah cili,bawang,air asam. Prghh..

'Tomato' ni macam tau2 aja aku bako ikan. Kejap2 jeling... Kejap2 jeling... Apa pun dia selalu teman aku bila aku ke kebun. Kira okla kan?

No comments:

Post a Comment